Kelas Bahasa Jepun Online

Kelas bahasa Jepun secara online untuk anda yang berminat untuk start belajar bahasa Jepun tetapi selalu sibuk dengan kerja seharian

   Tonton Contoh Video

"Sensei, di kesempatan ini saya nk ucapkan terima kasih banyak2 kerana mewujudkan online class japanese ni. Sangat banyak membantu saya especially dari segi grammar dan pronounciation. Keep it up sensei! 👍"

- Siti Rohani-san, Pelajar Kelas Online (e-learning)

AzlanSensei™e-learning, adalah pembelajaran secara online yang dibuat khas untuk golongan dewasa seperti anda yang mahukan yang terbaik untuk kemahiran berkomunikasi bahasa Jepun.

Dengan bimbingan 'Azlan Sensei', di hujung pembelajaran bahasa Jepun ini anda seharusnya boleh berbahasa Jepun berdasarkan ilmu yang telah dipelajari , dan juga cara menulis, di samping membaca tulisan Jepun (keseluruhan Hiragana, Katakana dan Kanji terpilih).

Jika anda mengikuti langkah demi langkah yang diberikan oleh Azlan Sensei secara bersungguh-sungguh dan konsisten, anda juga seharusnya sudah mempunyai kemahiran berbahasa Jepun di dalam kehidupan seharian anda (di tempat kerja mahupun kehidupan peribadi anda).

Jika anda merasakan anda ialah bakal student yang special dan betul-betul komited terhadap pembelajaran bahasa Jepun ini, sila pastikan untuk meneruskan bacaan anda sehingga ke hujung website ini untuk maklumat terperinci tentang kelas ini.

 

3 KISAH DI SEBALIK 'PERJALANAN BAHASA JEPUN AZLAN SENSEI'... ??? 🤔

1) Di waktu saya baru menjejakkan kaki ke Jepun dulu.

Saya start dengan cerita time saya mula-mula sampai di sana, di mana saya berasa susah untuk berkomunikasi dengan orang Jepun, di mana orang Jepun selalu minta saya mengulangi balik apa yang saya dah cakapkan.

Walaupun saya pernah belajar bahasa Jepun di universiti tempatan sebelum saya berangkat ke bumi matahari terbit ini.

Mungkin disebabkan lidah orang Malaysia, susah nak membiasakan diri bercakap bahasa Jepun.

Tapi sebab yang sebenarnya ialah cara sebutan saya yang kurang jelas membuatkan orang Jepun susah nak faham.

Setelah saya tahu kelemahan saya, dan sejak saya fokuskan lebih kepada penambahbaikan / improvement dari segi percakapan dan cara sebutan yang tepat, keadaan pun menjadi semakin elok.

Dan sekarang ini, boleh dikatakan saya tiada masalah langsung untuk berkomunikasi dengan orang-orang Jepun.

Itulah di antara sebab utama saya buat kelas yang menekankan cara sebutan dan percakapan bahasa Jepun yang betul, supaya anda sebagai student saya tidak perlu melalui kesilapan yang sama.

.

2) Di sini juga saya nak share satu kisah yang lain, ketika di Australia pula…

Selain daripada menghabiskan masa awal dewasa saya selama 10 tahun di negara Jepun, saya juga pernah tinggal di Australia selama 3 tahun, dan di negara Kanggaru inilah bermulanya kisah saya mengajar bahasa Jepun.
Ketika mula-mula sampai di Australia, saya mengambil kelas mengajar bahasa Jepun daripada 'private language school' supaya saya boleh menjadi Sensei yang bagus.

Dan di negara kanggaru inilah saya start mengajar bahasa Jepun kepada orang Malaysia yang majoritinya student di universiti di sana.

Kelas adalah secara bersemuka dan saya jalankan kelas sebagai 'private lesson', tiada 'attach' dengan university di sana pun sebenarnya.

Biasanya untuk kelas bersemuka ini, saya hanya mengambil beberapa students dalam satu group (normally lebih kurang 10 students dalam satu kelas).

3) Setelah genap 3 tahun di sana, dan selepas balik ke Malaysia, saya masih mengajar secara bersemuka, contohnya seperti gambar di bawah ini.

Setelah sekian lama mengajar bahasa Jepun secara bersemuka dan live….


Saya merasakan sesuatu yang 'MISSING'...

Ramai bakal students yang hubungi saya untuk join, tetapi tinggal jauh daripada tempat saya buat kelas bersemuka.

Di sebabkan itu ramai yang tak boleh join...

Ada juga students yang sudah register, tetapi terpaksa cancel last minit, kerana terpaksa outstation last minit juga…

Tak lupa juga, ada students saya yang sedang mengikuti kelas, tetapi terpaksa skip beberapa kelas kerana komitmen terhadap family…

Untuk students yang join kelas secara 'live' pun, kekadang terpaksa tunda kelas sebab ada emergency.

Keadaan-keadaan di atas membuatkan saya berfikir, apa kata jika students saya...

* Boleh study di mana-mana sahaja...

* Boleh study bila-bila masa...

* Boleh study banyak kali...

Dan akhirnya, di penghujung minggu sebelum bulan puasa tahun 2019, selepas habis kelas bersemuka di Bangi, Selangor...tetiba datang idea…

'Apa kata kalau buat kelas secara fully online berdasarkan rakaman video?'


'buat kelas secara recorded video, dan masih menggunakan silibus yang sama dengan kelas bersemuka?

'students saya boleh study anytime, anywhere, asalkan ada internet'

'students boleh jimat duit transport !'

'students boleh study di rumah !'

'students boleh study di luar rumah !'

'students boleh jimat masa !'

'ummm, it's a good idea, let's do it ! '

Itulah sedikit sebanyak cerita tentang 'kikkake' untuk saya buat 'kurasu' secara 'kanzen ni' online. 'Toku ni' untuk mereka yang tinggal 'tooi' daripada 'kurasu' bersemuka.

kikkake = きっかけ = trigger point
kurasu = クラス = class
kanzen ni = 完全に = fully
toku ni = とくに = especially
tooi = 遠い = far away
 

Siapakah Sensei Anda


AZLAN SENSEI
AZLAN SENSEI

Saya pernah melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah di university di Jepun, bekerja di Jepun selama beberapa tahun, berpengalaman bekerja di syarikat Jepun di Malaysia, lulus ujian tertinggi bahasa Jepun, mempunyai sijil mengajar bahasa Jepun, pernah ditemuramah oleh beberapa suratkhabar di Malaysia berkenaan pembelajaran bahasa Jepun dan sekarang ini mempunyai lebih daripada 84,000 followers di media sosial (dan semakin meningkat setiap masa). Yang penting sekali, saya akan menggunakan kesemua pengalaman saya tersebut untuk pembelajaran yang berkesan kepada anda.

Degree Certificate saya daripada Akita University, Japan



Certificate of Japanese Language Proficiency (Alhamdulillah sebab saya berjaya lepas test level N1 yang paling susah)


Mempunyai certificate Teaching Japanese as a foreign language daripada The World Japanese Language Centre (WJLC)


Saya pernah menjadi salah seorang ahli The Japan Association For Language Teaching (JALT)


Ini Facebook saya di mana saya mempunyai lebih daripada 84 ribu followers www.facebook.com/azlansenseiofficial



Ketika ditemuramah oleh pihak akhbar (di Malaysia).



Pernah juga ditemuramah oleh company saya semasa saya bekerja di Jepun (Majalah company semasa di Jepun)


Brand AZLANSENSEI™ bernaung di bawah Azlan Japanese Learning Sdn Bhd, iaitu sebuah syarikat yang di asaskan oleh saya sendiri, yang berdaftar dengan SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia).



Anda ada alami masalah seperti ini?

  1. Risau dengan situasi sekarang ni ?
  2. Risau dengan kemungkinan tiada kerja selepas ni ?
  3. Sekarang masih bekerja, tapi tak tahu sampai bila boleh bertahan ?
  4. Sekarang masih bekerja, tapi mahukan pekerjaan lebih elok di syarikat Jepun pada masa akan datang ?

Dalam bab pekerjaan, cuba bayangkan jika anda mempunyai satu kemahiran yang tiada pada orang lain, iaitu kemahiran berbahasa Jepun, adakah anda rasa lebih berkeyakinan jika dibandingkan dengan orang lain?

Jika anda study secara bersungguh-sungguh di kelas e-learning Japanese ini, saya yakin anda akan mendapat kemahiran berbahasa Jepun yang amat berguna seperti yang tertulis di penghujung website ini. Jangan lupa check website ini hingga ke penghujungnya untuk mengetahui apa yang bakal 'terjadi' kepada anda selepas habis kesemua kelas bahasa Jepun secara fully online ini.

Maklumat lanjut tentang kelas online / e-learning ini

Kelas online secara rakaman video ini ditujukan khas untuk mereka yang mempunyai keinginan yang tinggi untuk memajukan diri sendiri dari segi kemahiran berbahasa Jepun (di mana-mana sahaja dan di pada bila-bila masa).

Disampaikan melalui video recording oleh saya sendiri sebagai 'Japanese Language Professional' anda. Ianya merangkumi 52 lessons yang akan direlease selama 52 minggu (setahun). Saya tak releasekan semua sekali at the same time di atas sebab tak mahu students saya terbeban dan give up di tengah jalan. 'Slow and steady setiap minggu' jauh lebih bermakna daripada 'study semua sekali dan stop di tengah jalan'.

Selepas setahun (52 minggu tersebut), anda mempunyai pilihan untuk stop subscription ataupun continue subscription

  • jika anda stop subscription, akses kepada e-learning ni akan distopkan juga (termasuk lesson2 sebelumnya).
  • jika anda continue subscription, akses kepada e-learning ini akan diteruskan


Kelas fully online selama setahun / 12 bulan / 52 minggu ini merangkumi :

  • Beginner level - 12 minggu
  • Beginner (upper) - 12 minggu
  • Intermediate - 12 minggu
  • Intermediate (upper) - 12 minggu
  • Bonus (praktis) - 4 minggu


Perkara-perkara yang akan dipelajari di kelas online nanti:

  1. Ucapan dalam bahasa Jepun
  2. Cara sebutan bahasa Jepun
  3. Kata sifat bahasa Jepun
  4. Kata kerja bahasa Jepun
  5. Kata nama bahasa Jepun
  6. Budaya orang Jepun
  7. Perkataan bahasa Jepun
  8. Perbualan bahasa Jepun
  9. Praktis bahasa Jepun
  10. Tulisan bahasa Jepun
  11. Past Tense
  12. Present Tense
  13. Future Tense
  14. (BONUS) - perkongsian pengalaman saya selama 10 tahun di Jepun


Perkara utama yang anda akan dapat di kelas online ini

  • lebih daripada 100 jenis sebutan bahasa Jepun
  • lebih daripada 200 jenis tatabahasa Jepun
  • lebih daripada 300 jenis contoh perbualan dalam bahasa Jepun
  • lebih daripada 1000 patah perkataan bahasa Jepun


Kelebihan kelas secara e-learning ini jika dibandingkan dengan kelas bersemuka

  1. Anda boleh belajar di mana-mana sahaja
  2. Anda boleh belajar bila-bila masa sahaja
  3. Anda boleh belajar berulang-ulang kali jika ingin lebih pemahaman
  4. Anda boleh 'pause' video jika ingin buat latihan pemahaman time tu juga
  5. Tidak perlu malu dan segan dengan kawan-kawan ketika buat praktis cara sebutan


Cara penyampaian utama dalam kelas ini dalam bentuk video yang telah dirakam, dan diiringi dengan soalan-soalan di akhir setiap lesson untuk menguji pemahaman anda. Kesemuanya ini boleh dilakukan secara online melalui platform e-learning yang akan disediakan oleh saya.


"Setakat ini saya belajar secara online bila² masa dan tak perlu buat arrangement utk apply leave atau utk attend ke kelas.!"

- Azahari-san, Pelajar Kelas Online (e-learning)

TUNGGU DULU ! ADA BEBERAPA EBOOK YANG ANDA AKAN DAPAT SECARA PERCUMA

Anda akan dapat akses ke 8 E-BOOK ni secara PERCUMA jika anda daftar di kelas online ini

  1. E-book 'Introduction to Japanese Language' - diberikan di week1
  2. E-book '7 artikel tentang bahasa Jepun' - diberikan di week2
  3. E-book '47 selected Japanese words' - diberikan di week3
  4. E-book 'Pengenalan Kepada Bahasa Jepun' - diberikan di week 6
  5. E-book 'Beginner level - questions and answers' - diberikan di week12
  6. E-book 'Beginner (upper) level - questions and answers' - diberikan di week24
  7. E-book 'Intermediate level - questions and answers' - diberikan di week36
  8. E-book 'Intermediate (upper) level - questions and answers' - diberikan di week48

Kesemua ebook ini akan diberikan secara FREE kepada anda jika anda join kelas Jepun online ini sekarang !!!

ADA LAGI !!! KEISTIMEWAAN YANG HANYA DIBERIKAN KEPADA STUDENTS ONLINE SAYA IALAH.....

ANDA BOLEH BERTANYA KEPADA SAYA DIRECTLY MELALUI FB MESSENGER JIKA ADA PERKARA YANG ANDA TIDAK FAHAM TENTANG SETIAP LESSON.

PRIVILEGE INI HANYA SAYA BERIKAN KEPADA STUDENTS ONLINE SAYA SAHAJA.

BAYANGKAN YANG ANDA TELAH MENDAPAT PRIVILEGE UNTUK BERTANYA KEPADA SESEORANG YANG PERNAH MENETAP DI JEPUN SELAMA 10 TAHUN, PERNAH BEKERJA DI SYARIKAT JEPUN DAN MEMPUNYAI PENGALAMAN YANG SANGAT MENDALAM TENTANG BAHASA JEPUN !!!

PRIVILEGE INI SAHAJA PUN JIKA DIKIRA DARI SEGI NILAI, IANYA BOLEH MENCECAH RIBUAN RINGGIT

" Kelas online Azlan Sensei sangat mudah difahami kerana setiap ilmu disertai dengan penerangan yang mudah. Kelas online boleh diakses dimana-mana saja saya berada dan boleh diakses pada bila-bila masa. Harga untuk melanggan juga berpatutan dan berbaloi. Arigatou Gozaimasu "

- Syahidah-san, Pelajar Kelas Online (e-learning)

KAEDAH PEMBELAJARAN "ASSIIM" YANG UNIK

Saya menggunakan kaedah 'ASSIIM' iaitu satu kaedah baru yang diciptakan khas berdasarkan pengalaman saya sendiri :

  • Sebagai bekas pelajar bahasa Jepun di University Malaya
  • Pernah belajar di University Akita, Jepun
  • Pengalaman bekerja di syarikat Jepun (di Jepun)
  • Pengetahuan bekerja di syarikat Jepun (di Malaysia)
  • Mengambil kursus mengajar bahasa Jepun (di Australia)
  • Mengajar bahasa Jepun sekarang ini

Bermaksud kaedah 'ASSIIM' ini adalah berdasarkan real life learning, bukannya berdasarkan buku teks semata-mata

ASSIIM adalah singkatan daripada 'Azlan Sensei Special Indirect & Integrated Method'

Iaitu kaedah yang menggunakan alphabet (huruf rumi) sebagai cara utama pembelajaran ketika di level beginner dan akan belajar menggunakan huruf Jepun di level pertengahan.

Kenapa kaedah ASSIIM ini di'established' oleh saya dan apa kepentingannya?

Jika anda baru sahaja nak belajar bahasa Jepun, anda tidak perlu menghafal tulisan Jepun terlebih dahulu untuk memulakan pelajaran anda

Dalam erti kata lain, sebagai beginner student, anda masih boleh memulakan pembelajaran bahasa Jepun anda dengan saya (tanpa perlu menghafal tulisan Jepun di awal pembelajaran).

Ketika beginner level, tulisan Jepun hanya akan diajar sebagai 'bonus'

Apabila anda sudah habis beginner level dan sudah tahu sedikit sebanyak tentang perbualan, sebutan, ayat, tatabahasa dan perkataan bahasa Jepun, barulah anda akan belajar tulisan Jepun dan cara bacaannya secara serius ketika di level pertengahan nanti.

Di kelas online e-learning saya, anda akan belajar daripada beginner level sehinggalah ke level pertengahan (dan ada peluang untuk pergi ke level advanced)

Frequently Asked Questions


Bila kelas online ini start?
Selepas anda register dan buat payment, dalam masa 48 jam anda akan mendapat akses kepada video pembelajaran tersebut.
Macam mana cara payment ?
Anda boleh membuat payment secara bank-in transfer. Sila hubungi saya untuk details tentang akaun number etc.
Selepas habis kesemua kelas dalam masa 52 minggu, adakah student masih boleh akses ke online kelas ni ?
Ya, student masih diberikan akses kepada keseluruhan kelas selagi mana students tidak membatalkan langganan bulanan. Jika students membuat keputusan untuk tidak menyambungkan subscription bulanan, maka akses untuk keseluruhan e-learning ini akan dibatalkan. Dalam erti kata lain, akses kepada kelas e-learning ini adalah berdasarkan monthly subscription
Siapa yang boleh join kelas bahasa Jepun secara online @ e-learning ni ?
Sesiapa sahaja yang mempunyai semangat yang tinggi dan membara untuk menguasai bahasa Jepun. Disebabkan itu, anda dimestikan untuk join kelas ini sekurang-kurangnya selama setahun (12 bulan) supaya anda boleh menguasai bahasa Jepun sehingga ke level pertengahan.
Selepas habis pembelajaran selama setahun ini, boleh kah saya bercakap bahasa Jepun?
Jawapannya ialah 'ya' dan 'tidak'. Ya, anda sepatutnya boleh berbahasa Jepun sampai level pertengahan. Tidak, ataupun belum lagi untuk anda berbahasa sehingga level advance, sebab untuk sampai ke level advance memerlukan anda belajar sekurang-kurangnya setahun lagi (total 2 tahun)
Saya mahukan kepastian, adakah kelas online ni berbentuk rakaman video sahaja?
Majoriti cara penyampaian kelas secara e-learning ini berbentuk rakaman video. Di samping itu, soalan-soalan juga ada disediakan di pengakhiran setiap lesson untuk menguji tahap pemahaman students.
Adakah progres saya akan dimonitor oleh sensei (melalui exam dan sebagainya)?
Saya tidak mempunyai kapasiti yang cukup untuk monitor setiap student melalui kelas fully online secara 'rakaman video' ini. Oleh itu, tiada exam untuk kelas ini, tetapi test ada disediakan setiap kali habis kelas (secara fully online juga). Jika anda memerlukan saya monitor progres anda, anda disyorkan untuk daftar kelas secara bersemuka, tetapi yurannya adalah berkali-kali ganda daripada kelas online ini.
Selain daripada fees setiap bulan, berapakah fees untuk proses pendaftaran?
Pendaftaran adalah FREE OF CHARGE ! Anda cuma perlu membuat payment untuk fees bulanan sahaja untuk join kelas online e-learning bahasa Jepun ini
Saya takde masa la, selalu busy dengan kerja, boleh ke saya study ni?
Ini adalah salah satu tujuan utama mengapa kelas secara e-learning ini dibuat oleh saya. Anda hanya perlu luangkan masa sejam sahaja seminggu untuk 'go through' lesson mingguan. Anda boleh study di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa sahaja sebab lesson ini telah direkodkan oleh saya. Tak lupa juga, anda boleh ulang pembelajaran video ini berulang-ulang kali untuk meningkatkan lagi pemahaman bahasa Jepun anda
Alamak, saya dah terlepas lesson untuk beberapa minggu. Boleh ke saya study lesson yang dah terlepas?
Jangan risau, selagi anda dalam langganan, anda masih diberikan akses kepada kesemua lesson-lesson yang lepas.
Jika saya terlepas bayaran bulan, apa yang akan terjadi?
Anda mempunyai masa 2 minggu untuk settlekan payment, jika payment masih belum berjaya selepas masa tersebut, berkemungkinan besar AKSES kepada kelas e-learning ini akan DISEKAT sepenuhnya (termasuklah lesson-lesson sebelumnya).
Saya nak join untuk sebulan sahaja boleh ke?
Anda tidak dibenarkan untuk join kelas Jepun online ni selama sebulan sahaja sebab ianya terlalu basic. Anda perlu enroll sekurang-kurangnya selama setahun supaya anda mendapat ilmu yang mencukupi untuk digunakan di luar sana.
Adakah saya akan belajar sehingga level pertengahan sahaja?
Anda akan belajar sehingga ke level pertengahan dalam masa setahun. Selepas setahun, anda mempunyai pilihan untuk menyambung pembelajaran sehingga ke level seterusnya dengan syarat anda meneruskan langganan di kelas online e-learning ini.
Saya skeptikal sikit la dengan pembelajaran secara online e-learning ni, adakah ianya efektif dan berkesan?
Kesemua jenis pembelajaran adalah berkesan, ianya bergantung kepada kesungguhan masing2 untuk belajar. Sebab ada juga pelajar yg mengambil kelas secara fizikal, tetapi selepas habis pembelajaran masih di tahap yg sama. Ada juga yg mengambil kelas secara online live, tetapi tiada perkembangan yg ketara selepas habis belajar. Kelebihan utama kelas bahasa Jepun secara online e-learning saya ini ialah anda boleh belajar di mana2 sahaja, pada bila2 masa sahaja dan boleh ulang pembelajaran tersebut berulang2 kali tanpa limit !!!

"Kelas secara online sensei banyak membantu saya dalam pronunciation perkataaan. Tambahan pula, sensei kerap beri contoh2 ayat yang sangat bermanfaat di facebook (saya selalu screencap n then saya akan catat dlm notebook saya😁). Saya harap dengan kelas sensei ini, saya dapat berkomunikasi dalam bahasa jepun dengan lebih lancar. InsyaAllah.!"

- Haziran-san, Pelajar Kelas Online (e-learning)

 

Cuma perlu diingatkan, saya boleh dan akan memberikan panduan yang terbaik, selebihnya bergantung kepada anda. Sebab tiada kejayaan tanpa usaha daripada individu itu sendiri.

Dalam erti kata lain, kelas ini tidak sesuai untuk golongan mereka di bawah ini.

  • Nak pandai bahasa Jepun tapi kurang usaha untuk belajar (dalam kelas online ini, bermaksud tidak study habis isi kandungan kelas)
  • Nak fasih bercakap bahasa Jepun dalam masa beberapa minggu sahaja. Perlu diingatkan bahawa untuk menguasai sesuatu bahasa, ianya memerlukan masa yang agak lama (contoh paling mudah ialah ketika kita belajar bahasa Inggeris daripada sekolah rendah hingga ke sekolah menengah atau pun universiti).
  • Tidak mahu praktis ilmu bahasa Jepun yang telah diperolehi daripada kelas bahasa Jepun secara online (e-learning) ini.


INILAH 15 KELEBIHAN JIKA ANDA BOLEH BERBAHASA JEPUN

1) BOLEH BERCAKAP DENGAN ORANG JEPUN !
Anda boleh bercakap dengan orang Jepun tak kira di mana-mana sahaja samaada orang itu ialah pelajar, pekerja ataupun boss anda sendiri.

2) BOLEH MENONTON TV JEPUN !
Biasanya drama ataupun rancangan television Jepun tidak mempunyai alih bahasa (bahasa Inggeris, bahasa Malaysia apatah lagi). Oleh itu, jika anda boleh memahami bahasa Jepun, anda tidak lagi berasa bosan ketika menonton tv.

3) BOLEH MENDENGAR RADIO JEPUN !
Inipun sama seperti di atas. Ketika anda memandu ataupun ketika berada di dalam keretapi di sana, anda boleh mendengar radio Jepun samaada lagu Jepun ataupun celoteh DJ di sana.

4) SENANG UNTUK MELANCONG KE JEPUN !
Sudah semestinya, jika anda boleh berbahasa Jepun, anda hampir tidak mengalami kesusahan ketika melancong ke sana. Sebagai contoh, kalau anda tersesat jalan, anda hanya perlu bertanya jalan yang betul kepada orang di sana.

5) BOLEH JIMAT DUIT KETIKA MELANCONG KE JEPUN !
Ini pun satu lagi kelebihan jika anda mempunyai kelebihan boleh berbahasa Jepun. Lebih senang untuk anda survey, manakah options yang murah dan terbaik untuk pergi ke sesuatu tempat.

6) SENANG UNTUK DAPAT PELUANG BELAJAR KE JEPUN !
Khasnya kepada sesiapa yang baru melepasi peperiksaan akhir menengah tinggi (SPM dan sebagainya), peuang anda adalah lebih cerah jika dibandingkan dengan pelajar-pelajar lain.

7) SENANG DAPAT KERJA DI SYARIKAT JEPUN !
Ini memang berdasarkan pengalaman saya sendiri. Jika anda mahu bekerja di syarikat Jepun, dan boss di situ pun orang Jepun, anda memang amat bertuah jika mempunyai kemahiran berbahasa Jepun.

8) PELUANG BESAR UNTUK KE JEPUN JIKA BEKERJA DI SYARIKAT JEPUN !
Ini pun dialami oleh diri saya sendiri. Jika syarikat memerlukan seseorang untuk pergi ke Jepun di atas dasar membuat perbincangan dengan orang Jepun, sudah semestinya anda adalah di antara orang yang pertama yang akan dipilih oleh pihak atasan.

9) SENANG UNTUK BUAT BISNES DENGAN ORANG JEPUN !
Jika anda sudah tahu berbahasa Jepun, sudah semestinya bisnes partner warganegara Jepun akan memilih seseorang yang boleh berbahasa Jepun jika dibandingkan dengan yang tidak boleh berbahasa Jepun.

10) BOLEH BELI BARANG DARI JEPUN SECARA MURAH !
Ya, banyak barang-barang Jepun yang berkualiti yang boleh dibeli secara online sekarang. Yang perlunya lagi ialah di mana untuk anda mencari barang-barang tersebut, dan meneliti syarat-syarat dan kelebihan-kelebihan yang ada di website penjual.

11) BOLEH MENJADI LEBIH BERDISIPLIN KERANA TERIKUT-IKUT PERANGAI ORANG JEPUN !
Memang perangai orang Jepun adalah mengikuti peraturan seperti peraturan jalan raya dan juga kepatuhan mereka terhadap peraturan syarikat.

12) BOLEH MENJADI SESEORANG YANG MENEPATI MASA (SEBAB CIRI-CIRI ORANG JEPUN MEMANG MACAM INI) !
Yang ini semua orang sudah tahu, tidak perlu saya terangkan lagi tentang sikap baik ini yang ada pada orang Jepun

13) SENANG UNTUK MENGETAHUI PERKEMBANGAN TEKNOLOGI TERBARU DARI JEPUN !
Banyak bahan elektronik dan juga kereta-kereta terbaru buatan Jepun yang memang berteknologi tinggi. Terkadang kita pula yang tak terkejar dengan teknologi mereka!

14) ANDA AKAN JADI LEBIH PEMBERSIH (BUDAYA JEPUN) !
Sebagai contoh, jika mereka pergi ke sesuatu taman untuk mengadakan majlis. Kesemua mereka akan membawa balik sampah ke rumah masing-masing jika di situ tiada tong sampah yang disediakan. Ini adalah budaya yang sangat bagus.

15) SUDAH SEMESTINYA ANDA AKAN BERASA LEBIH YAKIN DENGAN DIRI ANDA DALAM BAB PERKERJAAN (BOSS ANDA MUNGKIN AKAN BERFIKIR 10 KALI SEBELUM MEMBUAT KEPUTUSAN 'DRASTIK' TERHADAP ANDA. DALAM BAB PERSONAL LIFE PULA, ANDA AKAN TERASA LEBIH 'MENYERLAH' JIKA DIBANDINGKAN DENGAN KAWAN-KAWAN ATAU AHLI KELUARGA YANG LAIN !!!

"Saya mendapati kelas mudah diikuti dan yang penting dapat membina ayat untuk membuat basic conversation. Perlu banyak lagi latihan tetapi sensei memberi foundation yang baik sebagai permulaan. Juga banyak latihan membina ayat dibuat di kelas dan ini sangat membantu."

Rahana-san, bekas pelajar kelas beginner level

Bayangkan jika ... !!!

Jika anda betul-betul komited dalam pembelajaran ini, inilah beberapa outcome atau hasil yang bakal terjadi kepada anda selepas setahun pembelajaran.

1. Anda boleh berbahasa Jepun sehingga level pertengahan (kerana anda akan belajar lebih daripada 1000 vocabularies di kelas ini)

2. Anda boleh menulis dan membaca tulisan Jepun 'Hiragana' dan 'Katakana' sepenuhnya, dan juga tulisan 'Kanji' sebanyak 100 patah perkataan

3. Anda mampu membezakan cara sebutan (pronunciation) bahasa Jepun yang betul dan juga yang kurang tepat kerana anda akan diajarkan tentang 100 cara sebutan Jepun yang betul.

4. Anda sudah boleh memahami perbualan bahasa Jepun sehingga ke level pertengahan kerana lebih daripada 300 contoh ayat percakapan Jepun akan anda pelajari

5. Anda tentunya boleh berbangga dengan rakan-rakan dan keluarga tersayang tentang kemahiran anda berbahasa Jepun

6. Boss anda tentunya lebih menghargai anda jika dibandingkan dengan rakan-rakan sekerja lain yang tiada kemahiran berbahasa Jepun

"Sensei is well qualified..."

- Khairul, bekas pelajar kelas beginner level

Saya faham, kelas online bahasa Jepun secara 'rakaman' ini bukan untuk semua orang.

Jika anda mahu belajar secara free melalui youtube ataupun anime sahaja , tetapi terasa keliru, tolong jangan salahkan sesiapa pun, termasuk diri anda sendiri.

Seriously, di Youtube ada beribu-ribu jam lessons tentang bahasa Jepun, tapi adakah anda ada masa yang cukup untuk 'hadam' semuanya? Dan kebanyakannya adalah ilmu yang lebih kurang sama sahaja sebenarnya, yang diulang-ulang, dan last-last anda pun 'pening' mana perginya 'hasil' daripada youtube tersebut. Bukannya setakat hilang masa, tapi yang lebih parahnya anda mungkin kehilangan semangat untuk belajar bahasa Jepun. Pernah alami kan situasi macam ni?

Bayangkan jika anda nak hadamkan 'beribu-ribu jam' punya lessons, bermaksud anda akan kekurangan masa dengan family dan kawan-kawan yang lain. Tambahan pula hasilnya macam 'ciput' jer. Adakah anda rasa ianya berbaloi?

Saya berani berkata sedemikian kerana pembelajaran secara percuma kebiasaannya tiada silibus dan tidak bersistematik.

Anda akan selalu berada dalam 'pusingan yang sama', vocabularies yang sama, cara cakap yang sama dan ucapan yang sama sahaja berulang-ulang kali selama beberapa tahun.

Tiada improvement yang ketara selepas beberapa bulan, ataupun beberapa tahun belajar secara free items di luar sana.

Dalam erti kata lain, anda membazir !

Anda akan membazir masa anda yang sangat berharga !

Pepatah Melayu ada menyebut 'masa itu emas'

Saya sebenarnya tidak setuju dengan pepatah di atas,

sebabnya........

.....

.....bagi saya, masa itu lebih berharga daripada emas.

Emas boleh dibeli, duit boleh dicari, tetapi masa tidak boleh di tukar ganti !

Jika anda join kelas e-learning saya ni, anda hanya perlu sediakan masa 1 jam sahaja seminggu. So ianya tidak akan mengganggu kehidupan seharian anda. Dan yang lebih penting, ianya bersistem dan bersilibus, bermakna anda tidak perlu membazir masa anda untuk ulang perkara yang sama bertahun-tahun.

"...dapat belajar dengan Sensei apa itu Hiragana, Katakana dan Kanji dalam bahasa Jepun"

- Nor-san, bekas pelajar beginner level

Jika apa yang saya katakan sebelum ini tidak memberi kesan kepada anda, saya cuma mahu anda fikirkan tentang 9 keadaaan di bawah ini...

'ilmu bahasa Jepun ini adalah untuk anda, untuk manfaat anda, untuk masa depan anda'

1) Jika dengan ilmu bahasa Jepun ini memudahkan anda mendapat kerja di syarikat Jepun, anda yang akan mendapat manfaatnya.

2) Jika dengan ilmu bahasa Jepun ini membuatkan anda lebih selamat untuk stay di syarikat Jepun, anda yang akan mendapat manfaatnya.

3) Jika dengan ilmu bahasa Jepun ini membuatkan anda mudah naik pangkat, anda yang akan mendapat manfaatnya.

4) Jika dengan ilmu bahasa Jepun ini memudahkahkan gaji anda naik, anda yang akan mendapat manfaatnya.

5) Jika dengan ilmu bahasa Jepun ini boleh memungkinkan anda mendapat bonus yang lebih 'masyuk', anda yang akan mendapat manfaatnya.

6) Jika dengan ilmu bahasa Jepun ini lebih meyakinkan anda untuk dapatkan better offer di tempat lain, anda yang akan mendapat manfaatnya.

7) Jika dengan ilmu bahasa Jepun ini boleh menyebabkan travel anda ke Jepun lebih menyeronokkan bersama keluarga & rakan-rakan di masa akan datang, anda yang akan mendapat manfaatnya.

8) Jika dengan ilmu bahasa Jepun ini boleh memudahkan anda memahami anime, drama ataupun movie Jepun, anda yang akan mendapat manfaatny.

9) Jika anda anda tidak mahukan kesemua peluang di atas ini, saya tak boleh memaksa. Saya hanya menyediakan peluang untuk anda mendapat manafaat yang lebih banyak daripada keadaan anda sekarang ini.

.

Memang betul dan memang benar, saya tidak boleh menjanjikan bulan dan bintang yang anda akan berjaya, kerana tiada sesuatu apapun yang pasti di dunia ini,tetapi saya berkata berdasarkan kemungkinan, 'possiblity' dan 'probability'.

Jika ada kemungkinan besar untuk anda meng'up-grade'kan diri demi mencapai manfaat-manfaat seperti di atas, kenapa pilih jalan yang tiada kemungkinan?

"Your lessons are good to practice speaking"

- Luy-san, bekas pelajar kelas beginner (upper) level

Soalan saya kepada anda yang mahukan kelebihan di masa akan datang, setakat mana anda sanggup berkorban demi pembelajaran bahasa Jepun anda?

.
1. Berkorban dari segi tenaga anda untuk lebih cepat belajar bahasa Jepun?
.
2. Berkorban dari segi masa anda untuk lebih cepat memahami bahasa jepun?
.
4. Berkorban dari segi kewangan anda supaya lebih cepat memahami bahasa jepun?
.
Ada ayat pepatah yang selalu didengari tetapi susah untuk dibuat kecuali oleh mereka yang sanggup berkorban iaitu ‘TIADA KEJAYAAN TANPA PENGORBANAN’

"Saya just nak berterima kasih becaused I learned a lot from the Japanese class"

- Yati-san, bekas pelajar kelas beginner (upper) level

Jom buat kira-kira mudah berkenaan fees/yuran versi 'RAHMAH' ini

Fees anda untuk course ini ialah RM300 setiap bulan !

Dan setiap bulan secara kebiasaannya ada 4 kali kelas (4 minggu) !

Bermaksud untuk setiap kelas anda hanya perlu 'invest' lebih kurang RM75 sahaja !

Paling best, anda boleh ulangi pembelajaran ini berkali-kali sehingga anda betul-betul 'terer' !

Demi untuk memantapkan pemahaman, saya mengesyorkan anda menonton pembelajaran secara video ini sebanyak 5 kali untuk setiap kelas. Dan jika untuk setiap kelas anda study selama 5 kali, maknanya pelaburan anda hanyalah 15 ringgit sahaja untuk sekali pembelajaran !

IZINKAN SAYA BERTANYA LAGI SEKALI. DEMI MASA DEPAN ANDA, ADAKAH RM15 UNTUK SETIAP PEMBELAJARAN MENJADI PENGHALANG UNTUK PELABURAN ILMU ANDA?

P/S : Jangan salah anggap, 5 kali ini adalah contoh sahaja, sebenarnya anda boleh mengulangi video ni sebanyak 'unlimited times' selagi anda masih dalam langganan bulanan !! Bayangkan anda boleh mengulangi pembelajaran sebanyak 10 kali, 20 kali, 50 kali malah 100 kali !!!

 

AKHIR SEKALI, INI ADALAH BEBERAPA SOALAN UNTUK ANDA YANG HANYA ANDA SAHAJA BOLEH MENJAWABNYA (HARAPNYA ANDA BOLEH MENJAWABNYA SEIKHLAS HATI)

1) Adakah dengan menangguhkan masa anda untuk join kelas bahasa Jepun secara online ini akan memberikan anda ilmu bahasa Jepun dengan lebih banyak? Ataupun sama sahaja?

2) Apa yang bakal terjadi kepada kemahiran berbahasa Jepun anda selepas ini jika anda tidak join sekarang? Adakah akan bertambah ataupun sama sahaja untuk beberapa bulan atau tahun akan datang?

3) Beberapa bulan ataupun tahun akan datang, adakah akan ada kemungkinan untuk anda terfikir 'kalaulah aku join kelas e-learning Azlan Sensei hari tu, maybe bahasa Jepun aku dah terrer dah sedikit sebanyak' ?

4) Jika anda sedang dalam proses interview untuk pekerjaan di syarikat Jepun yang menawarkan better offer, adakah anda rasa interviewer akan berasa 'impress' sedikit sebanyak jika anda mengatakan bahawa 'saya sedang belajar bahasa Jepun secara online setiap minggu' ?

5) Di suasana ekonomi yang tidak menentu ini, adakah dengan tidak memiliki skill berbahasa Jepun ini akan meningkatkan peluang anda untuk dikeluarkan dalam list bakal pekerja yang maybe akan di'berhentikan'?

6) Adakah ahli keluarga anda akan lebih berbangga dengan anda jika anda boleh berbahasa Jepun melalui kelas bahasa Jepun secara online ini?

JAWAPAN ANDA UNTUK SOALAN2 DIATAS INI ADALAH PENENTU UNTUK ANDA....

"If opportunitiyy comes again, I hope that I can continue until advance level with sensei!"

- Syah-san, bekas pelajar kelas intermediate level

Untuk perbandingan anda, saya pernah charge sebanyak hampir RM10,000 untuk 12 kali kelas kepada sebuah organisasi (bersamaan dengan 3 bulan kelas). Ini bermaksud kosnya ialah lebih daripada RM3K/sebulan. Di bawah ini adalah actual invois yang saya submit kepada organisasi tersebut.


Cuma disebabkan course e-learning kali ini adalah berbentuk video recording (bermaksud saya boleh save masa saya yang amat berharga tersebut), saya hanya charge cuma rm300/sebulan untuk course selama setahun (52 minggu).

by the way, fees akan naik dari masa ke semasa untuk new enrolment (bergantung kepada keadaan semasa)....





SILA HUBUNGI SAYA MELALUI FACEBOOK MESSENGER (SILA KLIK DI 'APPLY NOW' DI BAWAH) UNTUK PENDAFTARAN ATAUPUN ANDA BOLEH PM SAYA DIRECTLY DI FACEBOOK FACEBOOK.COM/AZLANSENSEIOFFICIAL

APPLY NOW

P/S : SILA PASTIKAN ANDA TELAH MEMBACA KESELURUHAN WEBSITE INI SEBELUM MENGHUBUNGI SAYA SUPAYA TAK TERLEPAS PANDANG MAKLUMAT PENTING TENTANG KELAS ONLINE INI

Peringatan : Segala video dan material di dalam e-learning ini adalah hakcipta daripada AzlanSensei™. Anda dibenarkan belajar melalui kaedah e-learning di website ini, TETAPI TIDAK DIBENARKAN download atau share material yang ada di sini kepada pihak ketiga. Jika didapati salah laku berlaku, anda akan dikeluarkan daripada sistem e-learning ini, nama anda akan di senarai-hitamkan dan pihak AzlanSensei™ tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang yang sepatutnya terhadap anda.