Ysvpk9uqfoizn5gdtvqc

Belajar Bahasa Jepun Secara Online

Kelas bahasa Jepun online yang dibuat khas untuk golongan dewasa yang busy dengan kehidupan seharian dan kekurangan masa untuk join kelas secara bersemuka

   Tonton Contoh Video
 

Pertama sekali, izinkan saya berkongsi kisah saya di 3 negara yang berbeza tetapi semuanya berkenaan dengan bahasa Jepun

1) Di waktu saya baru menjejakkan kaki ke Jepun dulu.


Saya start dengan cerita time saya mula-mula sampai di sana, di mana saya berasa susah untuk berkomunikasi dengan orang Jepun, di mana orang Jepun selalu minta saya mengulangi balik apa yang saya dah cakapkan.

Walaupun saya pernah belajar bahasa Jepun di universiti tempatan sebelum saya berangkat ke bumi matahari terbit ini.

Mungkin disebabkan lidah orang Malaysia, susah nak membiasakan diri bercakap bahasa Jepun.

Tapi sebab yang sebenarnya ialah cara sebutan saya yang kurang jelas membuatkan orang Jepun susah nak faham.

Setelah saya tahu kelemahan saya, dan sejak saya fokuskan lebih kepada penambahbaikan / improvement dari segi percakapan dan cara sebutan yang tepat, keadaan pun menjadi semakin elok.

Dan sekarang ini, boleh dikatakan saya tiada masalah langsung untuk berkomunikasi dengan orang-orang Jepun.

Itulah di antara sebab utama saya buat kelas yang menekankan cara sebutan dan percakapan bahasa Jepun yang betul, supaya anda sebagai student saya tidak perlu melalui kesilapan yang sama.

2) Di sini juga saya nak share satu kisah yang lain, ketika di Australia pula…
Selain daripada menghabiskan masa awal dewasa saya selama 10 tahun di negara Jepun, saya juga pernah tinggal di Australia selama 3 tahun, dan di negara Kanggaru inilah bermulanya kisah saya mengajar bahasa Jepun.

Beginilah kisahnya bermula...

Ketika mula-mula sampai di Australia, saya mengambil kelas mengajar bahasa Jepun daripada 'private language school' supaya saya boleh menjadi Sensei yang bagus.

Dan di negara kanggaru inilah saya start mengajar bahasa Jepun kepada orang Malaysia yang majoritinya student di universiti di sana.

Kelas adalah secara bersemuka dan saya jalankan kelas sebagai 'private lesson', tiada 'attach' dengan university di sana pun sebenarnya.

Biasanya untuk kelas bersemuka ini, saya hanya mengambil beberapa students dalam satu group (normally lebih kurang 10 students dalam satu kelas).

3) Setelah genap 3 tahun di sana, dan selepas balik ke Malaysia, saya masih mengajar secara bersemuka, contohnya seperti gambar di bawah ini.
Setelah sekian lama mengajar bahasa Jepun secara bersemuka dan live….

Saya merasakan sesuatu yang 'MISSING'...

Ramai bakal students yang hubungi saya untuk join, tetapi tinggal jauh daripada tempat saya buat kelas bersemuka.

Di sebabkan itu ramai yang tak boleh join...

Ada juga students yang sudah register, tetapi terpaksa cancel last minit, kerana terpaksa outstation last minit juga…

Tak lupa juga, ada students saya yang sedang mengikuti kelas, tetapi terpaksa skip beberapa kelas kerana komitmen terhadap family…

Untuk students yang join kelas secara 'live' pun, kekadang terpaksa tunda kelas sebab ada emergency.

Keadaan-keadaan di atas membuatkan saya berfikir, apa kata jika students saya...

* Boleh study di mana-mana sahaja...

* Boleh study bila-bila masa...

* Boleh study banyak kali...

Dan akhirnya, di penghujung minggu sebelum bulan puasa tahun 2019, selepas habis kelas bersemuka di Bangi, Selangor...tetiba datang idea…

'Apa kata kalau buat kelas secara fully online berdasarkan rakaman video?'


'buat kelas secara recorded video, dan masih menggunakan silibus yang sama dengan kelas bersemuka?

'students saya boleh study anytime, anywhere, asalkan ada internet'

'students boleh jimat duit transport !'

'students boleh study di rumah !'

'students boleh study di luar rumah !'

'students boleh jimat masa !'

'ummm, it's a good idea, let's do it ! '

Itulah sedikit sebanyak cerita tentang 'kikkake' untuk saya buat 'kurasu' secara 'kanzen ni' online. 'Toku ni' untuk mereka yang tinggal 'tooi' daripada 'kurasu' bersemuka.

kikkake = きっかけ = trigger point
kurasu = クラス = class
kanzen ni = 完全に = fully
toku ni = とくに = especially
tooi = 遠い = far away

"Setakat ini saya belajar secara online bila² masa dan tak perlu buat arrangement utk apply leave atau utk attend ke kelas.!"

- Azahari-san, Pelajar Kelas Online

Anda pernah alami masalah seperti ini?

  1. Nak belajar bahasa Jepun tapi tempat belajar jauh ?
  2. Nak belajar tapi tak tahu nak start dari mana ?
  3. Kerja sekarang ni sangat busy, masa sangat terhad untuk ke kelas?
  4. Nak belajar tapi masa untuk kelas bersemuka tidak sesuai dengan masa sendiri ?

Semua masalah seperti di atas akan dapat diatasi melalui kelas bahasa Jepun secara fully online berdasarkan rakaman video ini.

Dan jika anda study secara bersungguh-sungguh, saya yakin anda akan mendapat outcome yang amat berbaloi seperti yang tertulis di penghujung website ini. Jangan lupa check website ini hingga ke penghujungnya untuk mengetahui apa yang bakal 'terjadi' kepada anda selepas habis kesemua kelas bahasa Jepun secara fully online ini.

"Kelas secara online sensei banyak membantu saya dalam pronunciation perkataaan. Tambahan pula, sensei kerap beri contoh2 ayat yang sangat bermanfaat di facebook (saya selalu screencap n then saya akan catat dlm notebook saya😁). Saya harap dengan kelas sensei ini, saya dapat berkomunikasi dalam bahasa jepun dengan lebih lancar. InsyaAllah.!"

- Haziran-san, Pelajar Kelas Online

Maklumat lanjut tentang kelas online / e-learning ini

Kelas online secara rakaman video ini ditujukan khas untuk mereka yang mempunyai keinginan yang tinggi untuk memajukan diri sendiri dari segi kemahiran berbahasa Jepun (di mana-mana sahaja dan di dalam apa jua keadaan).

Disampaikan melalui video recording oleh saya sendiri sebagai 'Japanese Language Professional' anda. Ianya merangkumi 50 lessons yang akan direlease selama 50 minggu (hampir setahun). Saya tak releasekan semua sekali at the same time di atas sebab tak mahu students saya terbeban dan give up di tengah jalan. 'Slow and steady setiap minggu' jauh lebih bermakna daripada 'study semua sekali dan stop di tengah jalan'.

Kelas fully online selama 50 minggu ini merangkumi :

  1. Beginner level - 12 minggu
  2. Beginner (upper) - 12 minggu
  3. Intermediate - 12 minggu
  4. Intermediate (upper) - 12 minggu
  5. Bonus (praktis) - 2 minggu

Perkara-perkara yang akan dipelajari di kelas online nanti:

  1. Ucapan dalam bahasa Jepun
  2. Cara sebutan bahasa Jepun
  3. Kata sifat bahasa Jepun
  4. Kata kerja bahasa Jepun
  5. Kata nama bahasa Jepun
  6. Budaya orang Jepun
  7. Perkataan bahasa Jepun
  8. Perbualan bahasa Jepun
  9. Praktis bahasa Jepun
  10. Tulisan bahasa Jepun
  11. Past Tense
  12. Present Tense
  13. Future Tense
  14. (BONUS) - perkongsian pengalaman saya selama 10 tahun di Jepun

Perkara utama yang anda akan dapat di kelas online ini

  • 100 jenis sebutan bahasa Jepun
  • 200 jenis tatabahasa Jepun
  • 300 jenis contoh perbualan dalam bahasa Jepun
  • 1000 patah perkataan bahasa Jepun

Selain daripada 50 minggu pembelajaran melalui video, anda akan dapat 4 E-BOOK ni secara PERCUMA jika anda daftar di kelas online ini

  1. E-book 'Introduction to Japanese Language'
  2. E-book '47 selected Japanese words'
  3. E-book '7 artikel tentang bahasa Jepun'
  4. E-book 'Beginner level - questions and answers'

Cara penyampaian utama dalam kelas ini dalam bentuk video yang telah dirakam


"Sensei is well qualified..."

- Khairul, bekas pelajar kelas beginner level

Siapakah Sensei Anda


Azlan Sensei
Azlan Sensei

Saya pernah melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah di university di Jepun, bekerja di Jepun selama beberapa tahun, berpengalaman bekerja di syarikat Jepun di Malaysia, lulus ujian tertinggi bahasa Jepun, mempunyai sijil mengajar bahasa Jepun, pernah ditemuramah oleh beberapa suratkhabar di Malaysia berkenaan pembelajaran bahasa Jepun dan sekarang ini mempunyai lebih daripada 34,000 followers di media sosial (dan semakin meningkat setiap masa). Yang penting sekali, saya akan menggunakan kesemua pengalaman saya tersebut untuk pembelajaran yang berkesan kepada anda.

Degree Certificate saya daripada Akita University, Japan


Certificate of Japanese Language Proficiency (Alhamdulillah sebab saya berjaya lepas test level N1 yang paling susah)


Ini Facebook saya di mana saya share ilmu bahasa Jepun secara santai >>> www.facebook.com/azlansenseiofficial


Ketika di temubual oleh akhbar Kosmo. Anda masih boleh membaca kandungan temubual ini secara online di >>> http://www.kosmo.com.my/k2/rencana-utama/asah-kemahiran-dengan-sebutan


Ketika berkongsi pandangan dengan akhbar Wilayahku


Ketika bekerja di Jepun dahulu (di temubual untuk majalah company)


Ketika bekerja di syarikat Jepun di Malaysia (berkongsi pengalaman untuk majalah syarikat)


Brand AZLANSENSEI™ bernaung di bawah Azlan Japanese Learning Sdn Bhd, iaitu sebuah syarikat yang di asaskan oleh saya sendiri, yang berdaftar dengan SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia).


KAEDAH PEMBELAJARAN "ASSIIM" YANG UNIK

SAYA MENGGUNAKAN KAEDAH "ASSIIM' IAITU SATU KAEDAH BARU YANG DICIPTAKAN KHAS BERDASARKAN PENGALAMAN SAYA SENDIRI :

  • SEBAGAI BEKAS PELAJAR BAHASA JEPUN DI UNIVERSITY MALAYA
  • PERNAH BELAJAR DI UNIVERSITI JEPUN
  • PENGALAMAN BEKERJA DI SYARIKAT JEPUN (DI JEPUN)
  • PENGETAHUAN BEKERJA DI SYARIKAT JEPUN (DI MALAYSIA)
  • MENGAMBIL KURSUS MENGAJAR BAHASA JEPUN DI AUSTRALIA
  • MENGAJAR BAHASA JEPUN SEKARANG INI

BERMAKSUD KAEDAH 'ASSIIM' INI ADALAH BERDASARKAN REAL LIFE LEARNING, BUKANNYA BERDASARKAN BUKU TEKS SEMATA-MATA !

ASSIIM ADALAH SINGKATAN DARIPADA 'AZLAN SENSEI SPECIAL INDIRECT & INTEGRATED METHOD'

IAITU KAEDAH YANG MENGGUNAKAN ALPHABET SEBAGAI MEDIUM UTAMA PEMBELAJARAN.

JIKA ANDA BARU SAHAJA NAK BELAJAR BAHASA JEPUN, ANDA TIDAK PERLU MENGHAFAL TULISAN JEPUN TERLEBIH DAHULU UNTUK START BELAJAR DENGAN SAYA.

DALAM ERTI KATA LAIN, SEBAGAI BEGINNER STUDENT, ANDA MASIH BOLEH BELAJAR BAHASA JEPUN WALAUPUN TANPA MENGHAFAL TULISAN JEPUN DI AWAL PEMBELAJARAN.

KETIKA BEGINNER LEVEL, TULISAN JEPUN HANYA AKAN DIAJAR SEBAGAI 'BONUS'.

APABILA ANDA SUDAH HABIS BEGINNER LEVEL DAN SUDAH TAHU SEDIKIT SEBANYAK TENTANG PERBUALAN, SEBUTAN, AYAT, TATABAHASA DAN PERKATAAN BAHASA JEPUN, BARULAH ANDA AKAN BELAJAR TULISAN JEPUN SECARA LEBIH SERIUS KETIKA LEVEL PERTENGAHAN NANTI

DI KELAS ONLINE INI, ANDA AKAN BELAJAR START DARIPADA BEGINNER LEVEL SEHINGGALAH KE LEVEL PERTENGAHAN

 

Frequently Asked Questions


Bila kelas online ini start?
Pembelajaran kelas ini adalah secara fully online berdasarkan video yang telah dirakam. Oleh itu, selepas students register dan buat payment, dalam masa 24 jam anda sepatutnya sudah mendapat akses kepada video pembelajaran tersebut.
Macam mana cara pembayaran ?
Melalui kredit kad, debit kad ataupun bank-in transfer. Untuk kredit kad dan debit kad, anda boleh buat payment di website e-learning ini. Untuk payment secara bank-in transfer, sila hubungi saya di www.azlansensei.com ataupun di www.facebook.com/azlansenseiofficial
Saya hanya nampak area untuk credit card sahaja. Di mana area untuk saya gunakan debit card?
Credit card dan debit card di boleh digunakan di area yang sama. Bermaksud, walaupun hanya area credit card sahaja yang ditunjukkan, area tersebut juga boleh digunakan untuk debit card.
Kenapa kad saya di'decline' oleh system?
Berkemungkinan besar anda BELUM mengaktifkan fungsi 'OVERSEA-BASED-ONLINE-PURCHASE' kad anda, kerana e-learning platform yang digunakan oleh saya ini adalah berdasarkan kolaborasi dengan syarikat yang berpusat di Amerika Syarikat. Sila call bank untuk aktifkan fungsi tersebut (nombor telefon bank ada di belakang kad).
Selepas habis kesemua kelas dalam masa 50 minggu, adakah student masih boleh akses ke online kelas ni ?
Ya, student masih diberikan akses kepada keseluruhan kelas selagi mana students tidak membatalkan langganan bulanan. Jika students membuat keputusan untuk tidak menyambungkan subscription bulanan, maka akses untuk keseluruhan e-learning ini akan dibatalkan.
Siapa yang boleh join kelas bahasa Jepun secara online @ e-learning ni ?
Sesiapa sahaja yang mempunyai semangat yang tinggi dan membara untuk menguasai bahasa Jepun. Terutamanya untuk golongan dewasa dan bekerja yang baru nak belajar bahasa Jepun ini.
Selepas habis pembelajaran selama setahun ini, boleh kah saya bercakap bahasa Jepun?
Jawapannya ialah 'ya' dan 'tidak'. Ya, anda sepatutnya boleh berbahasa Jepun sampai level pertengahan. Tidak, ataupun belum lagi untuk anda berbahasa sehingga level advance, sebab untuk sampai ke level advance memerlukan anda belajar sekurang-kurangnya setahun lagi (total 2 tahun)
Saya mahukan kepastian, adakah kelas online ni berbentuk rakaman video sahaja?
Ya, betul tu, kelas online ini berbentuk rakaman video sahaja. Sebabnya, jika kelas online yang berbentuk 'live', fees akan menjadi 10 kali ganda daripada fees kelas online secara 'rakaman video' sekarang.
Adakah progres saya akan dimonitor oleh sensei (melalui exam dan sebagainya)?
Saya tidak mempunyai kapasiti yang cukup untuk monitor setiap student melalui kelas fully online secara 'rakaman video' ini. Oleh itu, tiada exam untuk kelas ini, tetapi test ada disediakan setiap kali habis kelas (secara fully online juga). Jika anda memerlukan saya monitor progres anda, anda disyorkan untuk daftar kelas secara bersemuka, tetapi, seperti yang saya sudah beritahu sebelum ini, yurannya adalah 10 kali ganda daripada kelas online ini.
 

Cuma perlu diingatkan, saya boleh dan akan memberikan panduan yang terbaik, selebihnya bergantung kepada anda. Sebab tiada kejayaan tanpa usaha daripada individu itu sendiri.

Dalam erti kata lain, kelas ini tidak sesuai untuk golongan mereka di bawah ini.

  • Nak pandai bahasa Jepun tapi tak nak berusaha untuk belajar (dalam kelas online ini, bermaksud tidak study habis isi kandungan kelas)
  • Nak pandai dan fasih dalam masa beberapa minggu belajar sahaja. Perlu diingatkan bahawa untuk menguasai sesuatu bahasa, ianya memerlukan masa yang agak lama (contoh paling mudah ialah ketika kita belajar bahasa Inggeris daripada sekolah rendah hingga ke sekolah menengah atau pun university).
  • Selalu complaint ini susah, itu susah. Daripada membazirkan masa untuk complaint, apa kata gunakan masa tersebut untuk mengulangkaji apa yang tidak faham ataupun tonton semula video pembelajaran


INILAH 15 KELEBIHAN JIKA ANDA BOLEH BERBAHASA JEPUN

1) BOLEH BERCAKAP DENGAN ORANG JEPUN !
Anda boleh bercakap dengan orang Jepun tak kira di mana-mana sahaja samaada orang itu ialah pelajar, pekerja ataupun boss anda sendiri.

2) BOLEH MENONTON TV JEPUN !
Biasanya drama ataupun rancangan television Jepun tidak mempunyai alih bahasa (bahasa Inggeris, bahasa Malaysia apatah lagi). Oleh itu, jika anda boleh memahami bahasa Jepun, anda tidak lagi berasa bosan ketika menonton tv.

3) BOLEH MENDENGAR RADIO JEPUN !
Inipun sama seperti di atas. Ketika anda memandu ataupun ketika berada di dalam keretapi di sana, anda boleh mendengar radio Jepun samaada lagu Jepun ataupun celoteh DJ di sana.

4) SENANG UNTUK MELANCONG KE JEPUN !
Sudah semestinya, jika anda boleh berbahasa Jepun, anda hampir tidak mengalami kesusahan ketika melancong ke sana. Sebagai contoh, kalau anda tersesat jalan, anda hanya perlu bertanya jalan yang betul kepada orang di sana.

5) BOLEH JIMAT DUIT KETIKA MELANCONG KE JEPUN !
Ini pun satu lagi kelebihan jika anda mempunyai kelebihan boleh berbahasa Jepun. Lebih senang untuk anda survey, manakah options yang murah dan terbaik untuk pergi ke sesuatu tempat.

6) SENANG UNTUK DAPAT PELUANG BELAJAR KE JEPUN !
Khasnya kepada sesiapa yang baru melepasi peperiksaan akhir menengah tinggi (SPM dan sebagainya), peuang anda adalah lebih cerah jika dibandingkan dengan pelajar-pelajar lain.

7) SENANG DAPAT KERJA DI SYARIKAT JEPUN !
Ini memang berdasarkan pengalaman saya sendiri. Jika anda mahu bekerja di syarikat Jepun, dan boss di situ pun orang Jepun, anda memang amat bertuah jika mempunyai kemahiran berbahasa Jepun.

8) PELUANG BESAR UNTUK KE JEPUN JIKA BEKERJA DI SYARIKAT JEPUN !
Ini pun dialami oleh diri saya sendiri. Jika syarikat memerlukan seseorang untuk pergi ke Jepun di atas dasar membuat perbincangan dengan orang Jepun, sudah semestinya anda adalah di antara orang yang pertama yang akan dipilih oleh pihak atasan.

9) SENANG UNTUK BUAT BISNES DENGAN ORANG JEPUN !
Jika anda sudah tahu berbahasa Jepun, sudah semestinya bisnes partner warganegara Jepun akan memilih seseorang yang boleh berbahasa Jepun jika dibandingkan dengan yang tidak boleh berbahasa Jepun.

10) BOLEH BELI BARANG DARI JEPUN SECARA MURAH !
Ya, banyak barang-barang Jepun yang berkualiti yang boleh dibeli secara online sekarang. Yang perlunya lagi ialah di mana untuk anda mencari barang-barang tersebut, dan meneliti syarat-syarat dan kelebihan-kelebihan yang ada di website penjual.

11) BOLEH MENJADI LEBIH BERDISIPLIN KERANA TERIKUT-IKUT PERANGAI ORANG JEPUN !
Memang perangai orang Jepun adalah mengikuti peraturan seperti peraturan jalan raya dan juga kepatuhan mereka terhadap peraturan syarikat.

12) BOLEH MENJADI SESEORANG YANG MENEPATI MASA (SEBAB CIRI-CIRI ORANG JEPUN MEMANG MACAM INI) !
Yang ini semua orang sudah tahu, tidak perlu saya terangkan lagi tentang sikap baik ini yang ada pada orang Jepun

13) SENANG UNTUK MENGETAHUI PERKEMBANGAN TEKNOLOGI TERBARU DARI JEPUN !
Banyak bahan elektronik dan juga kereta-kereta terbaru buatan Jepun yang memang berteknologi tinggi. Terkadang kita pula yang tak terkejar dengan teknologi mereka!

14) ANDA AKAN JADI LEBIH PEMBERSIH (BUDAYA JEPUN) !
Sebagai contoh, jika mereka pergi ke sesuatu taman untuk mengadakan majlis. Kesemua mereka akan membawa balik sampah ke rumah masing-masing jika di situ tiada tong sampah yang disediakan. Ini adalah budaya yang sangat bagus.

15) SUDAH SEMESTINYA ANDA AKAN MERASAKAN HIDUP ANDA LEBIH BEST DAN BERMAKNA DISEBABKAN FAKTOR-FAKTOR DI ATAS. BAYANGKAN JIKA ANDA MEMILIKI SEMUA KELEBIHAN DI ATAS JIKA DIBANDINGKAN DENGAN KAWAN-KAWAN ATAU AHLI KELUARGA YANG LAIN !!!

"Saya mendapati kelas mudah diikuti dan yang penting dapat membina ayat untuk membuat basic conversation. Perlu banyak lagi latihan tetapi sensei memberi foundation yang baik sebagai permulaan. Juga banyak latihan membina ayat dibuat di kelas dan ini sangat membantu."

Rahana-san, bekas pelajar kelas beginner level

Bayangkan jika ... !!!

Jika anda betul-betul komited dalam pembelajaran ini, inilah beberapa outcome atau hasil yang bakal terjadi kepada anda selepas setahun pembelajaran.

1. Anda boleh berbahasa Jepun sehingga level pertengahan (kerana anda akan belajar lebih daripada 1000 vocabularies di kelas ini)

2. Anda boleh menulis dan membaca tulisan Jepun 'Hiragana' dan 'Katakana' sepenuhnya, dan juga tulisan 'Kanji' sebanyak 100 patah perkataan

3. Anda mampu membezakan cara sebutan (pronunciation) bahasa Jepun yang betul dan juga yang kurang tepat kerana anda akan diajarkan tentang 100 cara sebutan Jepun yang betul.

4. Anda sudah boleh memahami perbualan bahasa Jepun sehingga ke level pertengahan kerana lebih daripada 300 contoh ayat percakapan Jepun akan anda pelajari

5. Anda tentunya boleh berbangga dengan rakan-rakan dan keluarga tersayang tentang kemahiran anda berbahasa Jepun

"Saya just nak berterima kasih becaused I learned a lot from the Japanese class"

- Yati-san, bekas pelajar kelas beginner (upper) level

Saya faham, kelas online bahasa Jepun secara 'rakaman' ini bukan untuk semua orang.

Jika anda mahu belajar secara free melalui youtube ataupun anime sahaja , tetapi tidak mahir-mahir juga selepas 1 tahun, 3 tahun, 5 tahun ataupun 10 tahun kemudian, jangan salahkan saya.

Saya berani berkata sedemikian sebab saya pernah berada di 'situasi' yang sama seperti anda juga dulu, dan yang lebih meyakinkan saya untuk berkata sebegini sebabnya free items kebiasaannya tiada silibus dan tidak bersistematik.

Anda akan selalu berada dalam 'pusingan yang sama', vocabularies yang sama, cara cakap yang sama dan ucapan yang sama sahaja berulang-ulang selama beberapa tahun.

Tiada improvement yang ketara selepas beberapa bulan, ataupun beberapa tahun belajar secara free items di luar sana.

Dalam erti kata lain, anda membazir !

Anda akan membazir masa anda yang sangat berharga !

Pepatah Melayu ada menyebut 'masa itu emas'

Saya sebenarnya tidak setuju dengan pepatah di atas,

sebabnya........

.....

.....bagi saya, masa itu lebih berharga daripada emas.

Emas boleh dibeli, duit boleh dicari, tetapi masa tidak boleh di tukar ganti !!!

"...dapat belajar dengan Sensei apa itu Hiragana, Katakana dan Kanji dalam bahasa Jepun"

- Nor-san, bekas pelajar beginner level

Jika apa yang saya katakan sebelum ini tidak memberi kesan kepada anda, saya cuma mahu anda fikirkan tentang 9 keadaaan di bawah ini...

'ilmu bahasa Jepun ini adalah untuk anda, untuk manfaat anda, untuk masa depan anda'

1) Jika dengan ilmu bahasa Jepun ini memudahkan anda mendapat kerja di syarikat Jepun, anda yang akan mendapat manfaatnya. Adakah anda OK kalau tiada pekerjaan ataupun susah nak dapat kerja? Siapa yang akan menanggung diri anda dan keluarga anda?

2) Jika dengan ilmu bahasa Jepun ini membuatkan anda lebih dipilih untuk outstation ke Jepun ketika bekerja, anda yang akan mendapat manfaatnya. Adakah anda sanggup berputih mata jika hanya rakan sekerja anda yang selalu dapat peluang ke Jepun?

3) Jika dengan ilmu bahasa Jepun ini membuatkan anda mudah naik pangkat, anda yang akan mendapat manfaatnya. Adakah anda selesa dengan pangkat sedia ada selama beberapa tahun? ...sedangkan kawan-kawan anda ada yang dah jadi manager, general manager ataupun director syarikat?

4) Jika dengan ilmu bahasa Jepun ini memudahkahkan gaji anda naik, anda yang akan mendapat manfaatnya. Gaji tak naik bermaksud pendapatan anda sama sahaja dengan bulan-bulan sebelum ini. Adakah anda tak terasa nak bagi 'hadiah' untuk diri sendiri setelah beberapa tahun bekerja menggunakan duit lebihan gaji?

5) Jika dengan ilmu bahasa Jepun ini boleh memungkinkan anda mendapat bonus yang lebih masyuk, anda yang akan mendapat manfaatnya. Setelah ditolak hutang sana sini setelah dapat bonus, anda tak terasa ke nak bawa keluarga pergi melancong ke Jepun (menggunakan duit lebihan bonus)?

6) Jika dengan ilmu bahasa Jepun ini lebih meyakinkan anda untuk dapatkan better offer di tempat lain, anda yang akan mendapat manfaatnya. Kekadang manusia ada terasa untuk pergi ke tempat yang lain demi peluang yang lebih cerah. Tapi adakah anda bersedia dengan skill yang sedia ada? kalau ada sedikit sebanyak ilmu bahasa Jepun, paling tidak pun, ianya boleh membantu...

7) Jika dengan ilmu bahasa Jepun ini boleh menyebabkan travel anda ke Jepun lebih menyeronokkan bersama keluarga & rakan-rakan, anda yang akan mendapat manfaatnya. Pernah try nak ber'communicate' dengan orang Jepun di sana? tapi suara tak keluar? rasa frust sangat-sangat kan? Emmm.... kalau ambil kelas ni, dah boleh try sedikit-sebanyak dah...

8) Jika dengan ilmu bahasa Jepun ini boleh memudahkan anda memahami anime, drama ataupun movie Jepun, anda yang akan mendapat manfaatny. Pernah ada pengalaman yang membuatkan anda berasa 'kalaulah saya tahu bahasa Jepun, mesti lagi best tengok...'?

9) Jika anda anda tidak mahukan kesemua peluang di atas ini, saya tak boleh memaksa. Saya hanya menyediakan peluang untuk anda mendapat manafaat yang lebih banyak daripada keadaan anda sekarang ini.

.

Memang betul dan memang benar, saya tidak boleh menjanjikan bulan dan bintang yang anda akan berjaya, kerana tiada sesuatu apapun yang pasti di dunia ini,tetapi saya berkata berdasarkan kemungkinan, 'possiblity' dan 'probability'.

Jika ada kemungkinan besar untuk anda meng'up-grade'kan diri demi mencapai manfaat-manfaat seperti di atas, kenapa pilih jalan yang tiada kemungkinan?

"Your lessons are good to practice speaking"

- Luy-san, bekas pelajar kelas beginner (upper) level

Jom buat kira-kira mudah

"Pelaburan" anda untuk course ini ialah RM100 sebulan !

Dan setiap bulan secara kebiasaannya ada 4 kali kelas (4 minggu) !

Bermaksud untuk setiap kelas anda hanya perlu 'invest' sebanyak RM25 sahaja !

Paling best, anda boleh ulangi pembelajaran ini berkali-kali sehingga anda betul-betul 'terer' !

Demi untuk memantapkan pemahaman, saya mengesyorkan anda mengulangi pembelajaran secara video ini sebanyak 5 kali untuk setiap kelas. Dan jika untuk setiap kelas anda study selama 5 kali, maknanya pelaburan anda hanyalah 5 ringgit sahaja untuk sekali pembelajaran !

DEMI MASA DEPAN ANDA, ADAKAH RM5 SEBULAN MENJADI PENGHALANG UNTUK PELABURAN ILMU ?

P/S : Jangan salah anggap, 5 kali ini adalah contoh sahaja, sebenarnya anda boleh mengulangi video ni sebanyak 'unlimited times' selagi anda masih dalam langganan bulanan !! Bayangkan anda boleh mengulangi pembelajaran sebanyak 10 kali, 20 kali, 50 kali malah 100 kali !!!

"If opportunitiyy comes again, I hope that I can continue until advance level with sensei!"

- Syah-san, bekas pelajar kelas intermediate level

Orang yang berjaya selalu bertindak pantas ke arah penambahbaikan diri sendiri.

Orang yang berjaya selalu mengambil peluang yang ada secepat mungkin.

Orang yang berjaya sanggup berkorban demi peluang yang lebih cerah.

Sebaliknya orang yang kurang berjaya akan selalu ada alasan untuk melambatkan dan menangguhkan sesuatu, termasuklah dalam bab memajukan diri sendiri.

Orang yang kurang berjaya juga akan melepaskan peluang yang lalu di hadapan mata dan menyalahkan orang di atas kegagalannya untuk mengambil peluang tersebut.

Orang yang kurang berjaya juga tak sanggup berkorban tetapi mahukan sesuatu yang best untuk diri mereka (yang mana dalam sifir hidup manusia, perkara ini boleh dikatakan tidak akan berlaku).

Pertanyaannya di sini, anda mahu berada di golongan mana satu, golongan yang kurang berjaya atau yang berjaya? Pilihan di tangan anda

" Kelas online sensei azlan sangat mudah difahami kerana setiap ilmu disertai dengan penerangan yang mudah. Kelas online boleh diakses dimana-mana saja saya berada dan boleh diakses pada bila-bila masa. Harga untuk melanggan juga berpatutan dan berbaloi. Arigatou Gozaimasu "

- Syahidah-san, Pelajar Kelas Online

Untuk perbandingan anda, saya charge RM10,000 sebulan (untuk organization) dan RM1,000 sebulan (untuk individual) jika saya buat kelas secara bersemuka.

Cuma disebabkan course kali ini adalah berbentuk video recording (bermaksud saya boleh save masa saya), saya hanya charge rm100 sebulan untuk course selama 50 minggu

Anda boleh check seperti di website utama saya www.azlansensei.com untuk keterangan lanjut.

FEES SEKARANG IALAH RM100/SEBULAN.

START DARIPADA 1hb SEPTEMBER NANTI, FEES AKAN NAIK KE RM125/SEBULAN.

BERITA BAIKNYA, JIKA ANDA DAFTAR SEBELUM 1hb SEPTEMBER, ANDA HANYA PERLU BUAT PAYMENT SEBANYAK RM100/SEBULAN UNTUK SELAMA-LAMANYA (SELAGI MANA ANDA TIDAK CANCELLED SUBSCRIPTION).

JOM JOIN SEKARANG, SUPAYA ANDA TIDAK TERLEPAS PELUANG YANG BEST NI !!!

SILA TEKAN BUTTON DI BAWAH UNTUK PAYMENT SECARA KREDIT/DEBIT KAD

UNTUK BANK-IN TRANSFER, SILA CONTACT SAYA DI WEBSITE WWW.AZLANSENSEI.COM ATAUPUN MELALUI FACEBOOK DI FACEBOOK.COM/AZLANSENSEIOFFICIAL

Get started now!



Peringatan : Segala video dan material di dalam e-learning ini adalah hakcipta daripada AzlanSensei™. Anda dibenarkan belajar melalui kaedah e-learning di website ini, TETAPI TIDAK DIBENARKAN download atau share material yang ada di sini kepada pihak ketiga. Jika didapati salah laku berlaku, anda akan dikeluarkan daripada sistem e-learning ini, nama anda akan di senarai-hitamkan dan pihak AzlanSensei™ tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang yang sepatutnya terhadap anda.